Thursday 20 October 2011

ajk jkkk jalan zoo dan jkkk kadun air itam bersama TKM1 dato'mansor othman






GEORGE TOWN  - Langkah mengecat dan mengindahkan semula rumah pangsa kos rendah Flat B Kampung Melayu, Ayer Itam akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bermula Isnin depan.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Haji Othman berkata, inisiatif kerajaan negeri itu dibuat berasaskan kepeApa yang kita lakukan ini membuktikan bahawa kita tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum di negeri ini.

"Tidak benar kalau (pihak) pembangkang berkata kerajaan negeri meminggirkan orang-orang Melayu...pemilihan ini dibuat berasaskan pada keperluan sebenar rakyat," ujar beliau Jumaat lepas di depan lebih 100 pemimpin tempatan pada Majlis Hi-Tea Pemimpin Bersama Rakyat, Dewan JKKK Kampung Melayu.

Mansor yang juga pemimpin utama Melayu di bawah pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Lim Guan Eng turut menyeru orang-orang Melayu supaya bersatu mempertahankan Pulau Pinang sebagai 'kerajaan berjiwa rakyat'.rluan utama rakyat di negeri berkenaan.Bercakap pada masjlis yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Itam, Wong Hon Lai (atas) berkata, projek berkenaan dijalankan dengan kerjasama pihak swasta yang yakin dengan kewibawaan kerajaan negeri.
Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Melayu, Md Ariffin Abidin (kiri) yang ditemui kemudian merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri.


"Sebenarnya kita memohon bantuan (kerajaan) pusat untuk cat semula PPRT (projek perumahan rakyat termiskin) ini, terima kasih lah kerana kerajaan negeri melakukan sesuatu untuk flat ini (yang) majoritinya (didiami oleh) orang-orang Melayu,"

Monday 17 October 2011